Wajib dahulukan suami - Utusan Malaysia

Wajib dahulukan suami

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Apa hukumnya seorang isteri yang melebihkan kerja dan kawan-kawan sekerjanya daripada memberi perhatian kepada suaminya. Berkatkah duit gajinya, jika dia tidak mempedulikan suaminya?

Nordin Sahak
Pahang

Jawapan
Isu ini perlu kepada kefahaman yang jelas dan rundingan. Asasnya memang wajib mendahulukan hak suami ke atas kerjaya. Namun sekiranya terdapat izin suami dan persefahaman atas kerjaya masing-masing ia tidak mengapa kerana suaminya reda. Namun perlu berusaha melayan suaminya sebaik mungkin. Kalau suami tidak faham, elok berhenti daripada bergaduh dan berbincang agar ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada keluarga.

Jangan sokong lelaki berpakaian wanita

Apa hukumnya memberi sokongan dalam media sosial kepada kawan atau selebriti lelaki tetapi berpakaian dan berperwatakan seperti wanita dengan memuji kecantikannya dan cara dia berpakaian? Adakah ini dianggap bersubahat?

Nuraina Azat
Perak

Jawapan
Tidak digalakkan memberi sokongan kepada mereka sekiranya ia tidak ada maslahah dakwah dan menyeru mereka kepada jalan Allah. Bukan kita memilih kawan tetapi kita tidak mahu menunjukkan kepada mereka kita reda dengan tindakan dan perbuatan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya