Setiap wanita mempunyai sisi dan karakter tersendiri yang membentuk cara mereka mengekspresikan diri.
Ada yang gemar tampil berani, manakala sebahagian lagi selesa dengan gaya santai mahupun kekal dengan penampilan kemas.
Kepelbagaian sisi wanita itu diterjemahkan menerusi koleksi musim luruh/sejuk 2026 Sam Edelman, She’s a Lady.
Koleksi ini menampilkan tiga pendekatan utama iaitu maximalist, modern boho dan sharp tailoring, masing-masing membawa karakter berbeza.
Maximalist mewakili sisi wanita yang berani bereksperimen menerusi permainan tekstur, perincian dan potongan menarik.

Sentuhan sofistikated yang ceria dapat dilihat pada alie deep scarlet, deena saddle multi dan margeaux mesh french-merlot.
Sementara itu, modern boho mengetengahkan sisi wanita yang lebih bebas dan santai.
Gaya ini menampilkan suede lembut, fabrik ringan dan siluet bersahaja seperti lucille honey-multi, evara desert tan dan ruthie martini olive.
Berbeza pula dengan sharp tailoring yang menampilkan sisi wanita lebih tegas dan yakin.
Siluet berstruktur, corak kotak-kotak klasik dan tekstur mewah yang digunakan mengimbangi antara ketegasan dan kelembutan.
Gaya itu diterjemahkan menerusi betsey black, vienna fresh sand dan hazel viola se.










