Penjagaan holistik sokong rawatan kanser, penyakit tidak berjangkit

Penjagaan holistik sokong rawatan kanser, penyakit tidak berjangkit

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merasmikan penutup Sidang Kemuncak NCSM × Himalaya Wellness baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pengurusan kanser dan penyakit tidak berjangkit (NCD) bukan hanya bergantung kepada rawatan perubatan semata-mata.

Sebaliknya, Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Prof. Dr. Murallitharan Munisamy berkata, gaya hidup dan kesejahteraan pesakit juga perlu diberi perhatian.

“Dalam menguruskan penyakit kronik seperti kanser dan NCD, rawatan perubatan konvensional kekal sebagai tunjang utama.

“Namun, gaya hidup, pemakanan dan amalan kesihatan sokongan juga penting bagi membantu pesakit meningkatkan daya tahan serta kualiti hidup sepanjang rawatan.

“Melalui kerjasama dengan Himalaya Wellness, matlamat kami adalah untuk memperkasakan profesional kesihatan dengan pengetahuan yang tepat supaya mereka dapat membimbing pesakit mendapatkan penjagaan yang selamat, bertanggungjawab dan holistik,” katanya dalam Sidang Kemuncak NCSM × Himalaya Wellness baru-baru ini.

Yang hadir sama, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Persidangan berkenaan menjadi platform untuk doktor, profesional kesihatan dan pihak berkaitan bertukar pandangan mengenai pendekatan penjagaan kesihatan yang boleh membantu masyarakat menguruskan kesihatan dengan lebih baik.

Antara topik yang dibincangkan pada persidangan itu ialah masalah hati dan buah pinggang, metabolik serta kesihatan lelaki.

Dalam masa sama, NCSM dan Himalaya Wellness Malaysia turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam pendidikan profesional serta meningkatkan kesedaran mengenai amalan wellness yang selamat dan bertanggungjawab.

Sementara itu, Pengurus Besar Himalaya Wellness Malaysia dan Singapura, Kumaran Chandrasegaran berkata, kerjasama itu memberi ruang kepada doktor dan profesional kesihatan membincangkan pendekatan wellness secara berasaskan bukti.

“Kami mahu memastikan pendekatan ini mengutamakan keselamatan pesakit dan mempunyai batas klinikal jelas.

“Di Himalaya Wellness, kami percaya wellness perlu menggabungkan alam semula jadi, sains dan panduan profesional. Pendekatan sokongan tidak menggantikan rawatan perubatan, tetapi boleh membantu pengurusan kesihatan mengikut keperluan individu,” katanya.

Beliau berkata, kefahaman yang tepat dalam kalangan masyarakat amat penting supaya pendekatan wellness tidak disalah tafsir sebagai pengganti kepada rawatan perubatan yang disediakan oleh doktor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×