Evolusi baharu sokongan kaki

Evolusi baharu sokongan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Setiap hari ada sahaja urusan yang perlu dilakukan, daripada keluar bekerja hinggalah bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Dalam kesibukan itu, kasut yang selesa tentunya menjadi pilihan, lebih-lebih lagi apabila ia mudah dipakai dan sesuai digayakan untuk pelbagai aktiviti.

Terbaharu, peneraju global kasut gaya hidup dan prestasi, Skechers memperkenalkan hands free slip-ins : arch support 3.0.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia merupakan evolusi kepada arch fit 2.0 yang diperkenalkan tahun lalu, dengan teknologi sokongan lengkung kaki kini dikenali sebagai arch support.

Antara pembaharuan yang dibawa ialah salutan getah pada keseluruhan tapak luar untuk memberikan cengkaman, kestabilan dan ketahanan lebih baik.

Teknologi hands free slip-ins pula membolehkan kasut disarung dengan mudah tanpa perlu membongkok, manakala heel pillow membantu memastikan kaki kekal kemas.

Untuk sokongan tambahan, tapak dalam boleh tanggal membantu mengurangkan hentakan dan mengagihkan berat dengan lebih baik.

Koleksi ini menampilkan pilihan warna menarik yang mudah dipadankan dengan penampilan harian lelaki dan wanita.

Untuk lelaki, warnanya terdiri daripada hitam, hitam putih, biru pekat kelabu dan biru putih manakala wanita pula hitam mauve, merah jambu muda, biru dan biru pekat.

Rekaan lelaki menggunakan bahagian atas jacquard mesh, sementara model wanita dilengkapi mesh di bahagian sama dan tali boleh laras.

Istimewanya, kasut ini juga boleh dicuci menggunakan mesin dan diperbuat tanpa bahan berasaskan haiwan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×