Strok haba boleh menyerang walaupun hujan, mendung

Strok haba boleh menyerang walaupun hujan, mendung

Risiko tekanan haba di Malaysia sentiasa wujud berikutan keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Setakat bulan lalu, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan dengan tiga daripadanya ialah strok haba.

Statistik itu sekali gus membuatkan ramai beranggapan yang tekanan atau strok haba hanya berlaku ketika cuaca terik.

Namun, tanggapan tersebut tidak tepat kerana ia sebenarnya boleh berlaku dalam apa jua keadaan cuaca, termasuk ketika mendung atau hujan.

Pensyarah Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Adila A. Hamid berkata, risiko tekanan haba di Malaysia sentiasa wujud berikutan keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Situasi itu tidak banyak berubah walaupun ketika musim hujan kerana suhu dan kelembapan persekitaran kekal tinggi.

Beliau berkata, purata suhu harian di negara ini adalah antara 27 hingga 33 darjah Celsius dan boleh mencecah sehingga 37 darjah Celsius ketika cuaca lebih panas.

Dalam keadaan tersebut, tubuh manusia menjadi lebih sukar untuk menyejukkan diri, terutama apabila terdedah kepada haba dalam tempoh lama atau melakukan aktiviti fizikal yang berat.

Kesannya, risiko kelesuan haba (heat exhaustion) dan strok haba (heat stroke) boleh meningkat dengan ketara.

“Kelesuan haba biasanya bermula dengan simptom seperti denyutan jantung laju, pening, sakit kepala, keletihan melampau atau muntah.

“Jika tidak ditangani segera, keadaan itu boleh menjadi lebih serius apabila suhu badan meningkat melebihi 40 darjah Celsius sehingga menjejaskan fungsi otak.

“Akibatnya, pesakit berisiko mengalami sawan, koma dan seterusnya kegagalan organ,” katanya baru-baru ini.

Jantung enjin penyejuk badan

Tubuh manusia dilengkapi dengan sistem kawalan suhu kompleks yang dikenali sebagai termoregulasi.

Dalam keadaan normal, badan menghasilkan haba melalui proses metabolisme iaitu tenaga yang dijana apabila kita bernafas, bergerak dan beraktiviti.

Untuk mengekalkan suhu badan sekitar 37 darjah Celsius, haba yang terhasil itu perlu dilepaskan semula ke persekitaran secara seimbang.

Hadkan aktiviti berat di tempat panas dan ambil kira keadaan kesihatan jantung sebelum melakukan kerja fizikal.

Menurut Adila, proses penyingkiran haba berlaku melalui beberapa mekanisme utama, termasuk pengembangan salur darah di kulit (vasodilatasi), pengeluaran peluh yang menyejukkan badan melalui penyejatan, pemindahan haba melalui sentuhan (pengaliran) dan pelepasan haba ke persekitaran melalui pancaran (sinaran).

Dalam keseluruhan proses ini, jantung memainkan peranan penting.

“Ia mengepam lebih banyak darah ke permukaan kulit bagi membantu badan menyingkirkan haba berlebihan.

“Namun, apabila persekitaran terlalu panas atau lembap, peluh tidak sempat tersejat sekali gus menjadikan mekanisme penyejukan ini kurang efisien,” jelasnya.

Akibatnya, suhu dalaman badan terus meningkat dan jantung terpaksa bekerja lebih keras.

Dalam masa sama, tubuh turut kehilangan banyak cecair melalui peluh dan pernafasan.

Lama-kelamaan, tekanan darah menurun, manakala aliran darah ke organ penting seperti otak dan buah pinggang turut merosot, sekali gus boleh membawa kepada kegagalan sistem peredaran darah (circulatory collapse).

Golongan berisiko

Apabila suhu dalaman badan meningkat melebihi 40 darjah Celsius, kadar denyutan jantung boleh meningkat antara 20 hingga 30 denyutan seminit lebih tinggi daripada biasa.

Keadaan ini menyebabkan aliran darah lebih tertumpu ke permukaan kulit sekali gus mengurangkan bekalan oksigen kepada organ penting.

Pada peringkat awal, badan mengeluarkan heat shock proteins iaitu protein pelindung yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat haba.

Namun, menurut Pensyarah dan Pakar Perubatan Kecemasan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan UKM, Dr. Ida Zarina Zaini, sistem pertahanan ini tidak lagi mencukupi apabila pendedahan haba berterusan.

“Sel-sel mula rosak, usus menjadi lebih telap kepada bahan toksik dan tindak balas keradangan besar-besaran tercetus di seluruh tubuh.

“Akibatnya, salur darah mengembang tanpa kawalan, tekanan darah menurun manakala jantung terpaksa bekerja lebih keras walaupun tubuh kekurangan tenaga dan cecair,” katanya.

Jika tidak dirawat segera, strok haba boleh membawa maut dalam tempoh singkat.

Jelasnya, individu sihat lazimnya mampu menyesuaikan diri dengan haba, namun terdapat kumpulan yang lebih mudah terdedah kepada komplikasi.

Antaranya pesakit jantung, darah tinggi dan diabetes di samping warga emas serta kanak-kanak.

Turut berisiko ialah individu yang kerap terdedah kepada matahari seperti petani, penghantar makanan, pekerja binaan dan mereka yang kurang minum air atau mengambil ubat diuretik (penggalak pembuangan air kencing).

Keadaan ini wajar diberi perhatian kerana simptom awal seperti berdebar, pitam, keletihan luar biasa atau sesak nafas selepas aktiviti dalam cuaca panas boleh menjadi petanda tubuh sedang mengalami tekanan haba.dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga, rakan sepasukan mahupun orang awam.

“Dalam kes strok haba, setiap minit amat berharga oleh itu, jagalah hidrasi, hadkan aktiviti berat di tempat panas dan ambil kira keadaan kesihatan jantung anda sebelum melakukan kerja fizikal,” katanya.

Tindakan awal selamatkan nyawa

Mengesan tanda awal keletihan haba amat penting bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.

Kata Ida Zarina berkata, langkah pertolongan cemas yang cepat dan tepat boleh menyelamatkan nyawa sebelum bantuan perubatan tiba.

Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengalihkan mangsa ke tempat teduh dan sejuk, di samping meletakkan tuala basah atau pek ais di leher, ketiak dan pangkal paha untuk membantu menurunkan suhu badan.

Selain itu, pakaian mangsa perlu dilonggarkan bagi memastikan aliran udara lebih baik.

“Jika mangsa tidak sedar, baringkan dalam posisi pemulihan (recovery position) dan pastikan masih bernafas.

“Elak daripada memberi minuman kepada mangsa yang tidak sedar kerana dibimbangi air masuk ke paru-paru,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya segera menghubungi talian kecemasan 999 jika mangsa tidak sedarkan diri atau keadaan semakin teruk.

Bantuan awal ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga, rakan sepasukan mahupun orang awam.

“Dalam kes strok haba, setiap minit amat berharga oleh itu, jagalah hidrasi, hadkan aktiviti berat di tempat panas dan ambil kira keadaan kesihatan jantung anda sebelum melakukan kerja fizikal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN