Kemeriahan ‘Journey to Tradisi’ di Pavilion KL

Kemeriahan ‘Journey to Tradisi’ di Pavilion KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Aidilfitri menjelang tiba, pastinya ramai yang berkunjung ke pusat beli-belah untuk mencari barangan kelengkapan sambil menikmati suasana meriah bersama keluarga tersayang.

Tahun ini, Pavilion Kuala Lumpur (KL) tampil dengan sesuatu yang cukup istimewa menerusi kempen Raya bertemakan Journey to Tradisi.

Melangkah masuk ke pusat beli-belah terkenal di tengah-tengah Bukit Bintang itu, pengunjung seakan dibawa menyusuri suasana raya tradisional yang dipenuhi elemen seni budaya tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dekorasi yang diinspirasikan daripada cahaya pelita panjut serta corak batik tradisional memberikan sentuhan nostalgia yang menghidupkan semangat Aidilfitri dalam suasana moden kota raya.

Ruang utama centre court dihias meriah dengan instalasi seni batik hasil kolaborasi bersama artis tempatan, Farah Mohan.

Motif batik yang digabungkan dengan elemen reka bentuk kontemporari menjadikan ruang tersebut bukan sekadar tempat membeli-belah, malah seperti galeri seni yang mempamerkan keindahan warisan budaya Malaysia.

Sambil menikmati dekorasi memukau, pengunjung juga boleh meneruskan aktiviti membeli-belah dengan pelbagai pilihan gerai dan jenama yang menawarkan koleksi istimewa sempena Aidilfitri.

Antara jenama yang turut membuka gerai jualan termasuk Loka Espresso, Variante, Arabian Oud, Carpet Village, Buttonscarves dan Zaitoun.

Suasana Ramadan turut dapat dirasai melalui pengalaman berbuka puasa di sini.

Pelbagai juadah tradisional seperti air bandung, kurma dan kuih-muih berwarna-warni disediakan, sekali gus memberikan peluang kepada pelancong tempatan dan antarabangsa merasai sendiri tradisi berbuka puasa di Malaysia.

Sepanjang musim kempen ini, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk persembahan raya oleh artis daripada Astro serta kemunculan selebriti popular seperti Wani Kayrie dan Shila Amzah yang memeriahkan lagi suasana perayaan.

Bagi menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna, Pavilion KL turut menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif kepada pelanggan yang berbelanja sepanjang kempen berlangsung.

Antaranya termasuk set sampul raya edisi terhad serta hadiah istimewa bertemakan Aidilfitri bagi pelanggan yang mencapai jumlah perbelanjaan tertentu.

Selain itu, pusat beli-belah ini juga tidak melupakan tanggungjawab terhadap alam sekitar menerusi kerjasama dengan World Wide Fund for Nature bagi menyokong kempen kesedaran Earth Hour yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Dengan gabungan dekorasi tradisional, pengalaman budaya dan pelbagai aktiviti menarik, kempen Journey to Tradisi menjadikan Pavilion KL destinasi pilihan bagi mereka yang ingin merasai kemeriahan raya sambil membeli-belah di tengah kota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini