Tampil sedondon dengan 32 pilihan warna baju raya di Qhiam

Tampil sedondon dengan 32 pilihan warna baju raya di Qhiam

PELBAGAI pilihan kebaya, kurung kedah dan baju Melayu untuk digayakan di Aidilfitri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMILIHAN warna tema baju sering menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan keluarga setiap kali menjelang Aidilfitri.

Apatah lagi, dengan trend masyarakat kini yang gemar tampil sedondon bersama suami, isteri dan anak-anak.

Bagi mereka yang masih buntu, jenama fesyen raya moden tempatan, Qhiam menawarkan 32 pilihan warna baju untuk dewasa serta kanak-kanak menerusi koleksi Nohstalgia Galur.

BUAT julung kalinya, Qhiam tampil dengan koleksi berpasangan untuk keluarga.

Bagi lelaki, terdapat baju Melayu teluk belanga dan cekak musang di samping kurta, manakala untuk perempuan pula pelbagai pilihan kebaya dan kurung kedah di bawah label Sendja.

Pengarah kreatifnya, Edzham Abdul Rahim berkata, inisiatif memperkenalkan koleksi berpasangan untuk keluarga itu bertepatan dengan konsep kebersamaan di musim perayaan.

Katanya, tahun lalu, hanya 18 warna ditampilkan sekali gus menyaksikan pertambahan 14 lagi rona baharu termasuk pilihan untuk pakaian kanak-kanak serta rekaan baju Melayu cekak musang.

“Idea ini tercetus hasil maklum balas pelanggan serta komuniti Qhiam dan daripada input tersebut, kami mengenal pasti warna-warna yang diminati bagi ditambahkan ke dalam koleksi.

“Untuk Aidilfitri 2026, hampir semua warna popular tersedia seperti biru teal, coklat pekat, burgundy, hijau zamrud, biru navy, champagne, kuning lembut dan hijau mint,” katanya ketika pelancaran koleksi itu baru-baru ini.

Qhiam sinonim dengan sentuhannya yang menggabungkan keanggunan moden dengan warisan tradisional selain menekankan penggunaan fabrik berkualiti tinggi serta jahitan teliti.

Sementara itu, pengurus pemasaran dan jenamanya, Haries Mat Isa berkata, sebanyak sembilan rekaan samping eksklusif turut diperkenalkan bagi melengkapkan koleksi 2026.

Mengulas mengenai Sendja, jenama di bawah Qhiam khusus untuk gadis muda, katanya, ia tampil dengan 13 rekaan baharu bagi memenuhi cita rasa generasi muda yang sentiasa mencari gaya segar dan moden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN