Pengalaman lebih lima tahun dorong Shahirra kembangkan bisnes spa - Utusan Malaysia

Pengalaman lebih lima tahun dorong Shahirra kembangkan bisnes spa

Majlis perasmian Arora Beauty Spa milik Shahirra Shahrul Asmawi (dua, dari kanan) yang turut dihadiri selebriti, Izara Aishah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lebih lima tahun menimba pengalaman dalam industri kecantikan menjadi batu loncatan kepada Shahirra Shahrul Asmawi untuk mengembangkan jenamanya menerusi perkhidmatan spa.

Pembukaan Arora Beauty Spa secara serentak di lima lokasi terpilih itu sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Arora Skincare di pasaran.

Katanya, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang syarikat untuk
menyediakan solusi penjagaan kulit lebih menyeluruh bukan sahaja melalui produk, tetapi rawatan profesional yang menyokong kesihatan kulit dari dalaman sehingga ke luaran.

“Dalam industri kecantikan yang sangat kompetitif, dengan produk baharu tumbuh bak cendawan tetapi Arora kekal kukuh melebihi lima tahun.

“Ketahanan itu membuktikan yang jenama ini dibina berasaskan formulasi berkualiti, bahan yang tepat serta keberkesanan sebenar,” katanya baru-baru ini.

Lima lokasi spa itu terletak di Setia Alam, Ipoh, Seri Manjung, Seberang Jaya dan Cyberjaya.

Rangkaian produk kecantikan Arora menggunakan bahan-bahan semula jadi dan telah melalui kajian serta ujian makmal.

Shahirra turut menekankan perkhidmatan yang ditawarkan itu membantu pelanggan memahami status kesihatan kulit secara lebih mendalam melalui analisis menggunakan face analyzer machine dan rawatan profesional.

Apatah lagi konsep yang ditampilkan berbeza daripada kebanyakan spa di pasaran.

“Kami tidak menawarkan pakej berkala sehingga pelanggan rasa terikat atau terbeban, sebaliknya mereka bebas memilih servis yang diingini mengikut kesesuaian kulit dan bajet masing-masing,” katanya.

Terdahulu, katanya, rangkaian produk kecantikan Arora menggunakan bahan-bahan semula jadi dan telah melalui kajian serta ujian makmal bagi memastikan keberkesanannya dan selamat digunakan.

Antara produk yang laris ialah ampoule, sabun pencuci dan pelindung kulit yang dirumus khas untuk merawat pelbagai masalah kulit wajah.

Dalam perkembangan sama, Shahirra turut merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Nigeria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN