Syiling emas eksklusif Wira, Manja

Syiling emas eksklusif Wira, Manja

Mohamad Shaifudeen Mohamed Sirajudeen menunjukkan koleksi syiling emas Wira dan Manja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMINAT Wira dan Manja kini berpeluang mengabadikan maskot rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 dalam bentuk syiling emas 999.9 eksklusif.

Menariknya, koleksi edisi terhad ini turut menampilkan butiran mengenai lapan memori ikonik Malaysia.

Ia termasuk nasi lemak dan teh tarik, Batu Caves, Masjid Putrajaya, burung kenyalang serta wayang kulit.

Ketua Pegawai Eksekutif SMS Deen Jewellers, Mohamad Shaifudeen Mohamed Sirajudeen berkata, pemilihan maskot itu secara tidak langsung dapat menyokong kempen pelancongan negara.

Ia juga melambangkan kekayaan biodiversiti dan komitmen negara terhadap pemuliharaan alam semula jadi.

“Sebelum ini syiling emas biasanya berbentuk bulat tetapi kita cipta kelainan dengan menampilkan maskot comel, Wira dan Manja.

“Lebih istimewa apabila ia turut dilengkapi dengan butiran tentang elemen-elemen seni budaya dan keunikan Malaysia.

“Pelanggan bukan hanya dapat memiliki syiling emas, malah mengimbau nostalgia tentang negara,” katanya ketika pelancaran hari ini.

Syiling emas edisi khas Tahun Melawat Malaysia 2026 seberat 0.2 gram ini dijual pada harga RM199 di semua cawangan SMS Deen Jewellers di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN