Jerawat batu merupakan antara masalah kulit paling serius dan kerap dialami oleh kebanyakan individu. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan penampilan, malah boleh memberi kesan terhadap keyakinan diri jika tidak dirawat dengan betul. Pakar perunding dermatologi dan bedah dermatologi, Dr. How Kang Nien berkata, rawatan jerawat batu berbeza berbanding jerawat ringan kerana ia melibatan keradangan lebih serius. Lazimnya, ia memerlukan rawatan khusus seperti pengambilan antibiotik, isotretinoin atau suntikan. Kaedah ini membantu…










