MEMILIKI bibir yang mungil, sihat dan kemerahan sememangnya menjadi impian setiap wanita. Namun, tidak semua bernasib baik kerana ramai berdepan masalah bibir kusam dan gelap akibat faktor gaya hidup serta penjagaan yang tidak sesuai. Pakar estetik, Dr. Syairah Nadia Mohamad berkata, pemakaian gincu murah tanpa jenama turut menyumbang kepada masalah itu. Ini kerana produk-produk tersebut berkemungkinan mengandungi bahan kimia berbahaya seperti plumbum dan pewarna sintetik. Dalam jangka panjang, ia boleh…