Stesen LRT Hang Tuah dijadikan sebagai hab utama dan titik pertemuan peserta dalam penganjuran acara Keretapi Sarong 2025 baru-baru ini.
Inisiatif ini hasil kerjasama dengan pusat borong fesyen muslimah terbesar di negara ini, KWC Fashion Wholesale, yang turut memainkan peranan aktif dalam menyemarakkan suasana acara berunsurkan budaya dan gaya.
Pengurus Pengiklanan dan Promosinya, Wendy Lam berkata, pihaknya berbesar hati dapat menyertai penganjuran acara yang dianggap sebagai wadah memartabatkan budaya melalui ekspresi fesyen.
“Dengan Stesen LRT Hang Tuah sebagai hentian rasmi, kami amat teruja menyambut para peserta dan mengalu-alukan mereka untuk meneroka pelbagai pilihan fesyen di KWC pada harga terbaik,” katanya.
Antara tarikan utama yang disediakan KWC bagi memeriahkan acara ialah pemberian beg cenderamata eksklusif dan hadiah percuma kepada 100 peserta terawal.
Selain itu, Anugerah Pakaian Terbaik dan Pertandingan Fotografi turut dianjurkan bagi menggalakkan kreativiti serta semangat komuniti dalam kalangan peserta.
“Pengunjung turut berpeluang menyaksikan pertunjukan fesyen eksklusif, program penebusan serta pelbagai aktiviti interaktif yang menampilkan busana tradisional dengan gaya moden dan versatil,” jelasnya.
Dalam pada itu, Wendy berkata, KWC menganjurkan Holiday Funland Adventure dari 12 hingga 21 September ini dan kanak-kanak boleh menikmati aktiviti seperti bouncy castle, claw machine dan mesin arked.
“Pengunjung yang berbelanja RM50 ke atas layak menebus satu tiket masuk percuma ke bouncy castle selama sejam,” ujarnya.











