Sinaran UVA punca gangguan pigmentasi

Sinaran UVA punca gangguan pigmentasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP hari, rakyat Malaysia terdedah kepada sinaran ultraungu (UV), iaitu UVB dan UVA.

UVB ialah sinar gelombang pendek yang menyebabkan sunburn atau kulit terbakar, manakala UVA pula merupakan sinar gelombang panjang yang menembusi jauh ke dalam lapisan dermis kulit.

Pendedahan berpanjangan terhadap sinaran UVA bukan sekadar menyebabkan kemerahan, malah boleh memberi kesan lebih serius kepada kesihatan kulit.

Pakar dermatologi, Datuk Dr. Noor Zalmy Azizan berkata, sinaran itu turut menjadi punca kepada pelbagai gangguan pigmentasi seperti tompok hitam, hiperpigmentasi pasca-keradangan dan melasma (jeragat)

Lebih membimbangkan, ia mampu menghasilkan radikal bebas yang merosakkan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) dalam sel kulit sekali gus mempercepatkan proses penuaan.

Dalam jangka panjang, kerosakan itu juga berisiko mencetuskan kanser, terutama jika kulit sering terdedah tanpa sebarang perlindungan.

Justeru, katanya, penggunaan alat pelindung matahari berprestasi tinggi bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan.

“Jangan hanya bergantung pada nombor SPF semata-mata. Pilihlah produk yang terbukti mampu melindungi kulit daripada sinar UVA.

“Langkah ini penting bagi mencegah kerosakan kulit, sama ada yang berlaku serta-merta mahupun kesan jangka panjang seperti penuaan pramatang dan tona kulit tidak sekata,” katanya ketika pelancaran produk Anthelios UVMune 400 Anti-Dark-Spots Fluid SPF 50+ keluaran La Roche-Posay baru-baru ini.

Produk terbaharu ini menawarkan perlindungan menyeluruh daripada sinar UVA dan memulihkan hiperpigmentasi secara beransur-ansur.

Diformulasi dalam bentuk cecair ultra ringan, teksturnya jernih dan tidak meninggalkan kesan putih pada kulit. 

Ia juga tidak berminyak, melekit dan menyebabkan pori tersumbat di samping mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap air, peluh dan pasir. 

Sementara itu, selebriti popular Korea Selatan, Jay B daripada kumpulan GOT7 turut mengakui yang penggunaan pelindung matahari adalah rutin wajib dalam penjagaan wajahnya.

“Saya mula menggunakannya secara konsisten sejak terlihat tompok gelap kecil muncul di wajah. Kini, saya tidak akan keluar rumah tanpa sapuan sunscreen,” katanya.

Untuk hasil yang optimum, gunakan bersama serum Mela B3 pada waktu malam.

Gabungan kedua-dua produk ini akan mencipta satu rutin lengkap yang melindungi kulit daripada UVA berbahaya pada waktu siang dan menghilangkan tompok hitam (malam).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN