Rawatan antipenuaan di rumah, setaraf dermatologi

Rawatan antipenuaan di rumah, setaraf dermatologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebut sahaja rawatan antipenuaan, pasti kita membayangkan perkhidmatan estetik di klinik atau pusat rawatan kecantikan.

Namun kini, rutin penjagaan kulit untuk melawan tanda-tanda penuaan boleh dilakukan sendiri di rumah, dengan adanya pelbagai pilihan produk penjagaan kulit yang berformulasi tinggi.

Inisiatif itu dirintis pengeluar produk kecantikan dan kesihatan terkemuka di dunia, Nu Skin Enterprises menerusi pelancaran sistem penjagaan kulit terbaharunya, ageLOC Tru Face.

Rangkaian ini terdiri daripada tujuh produk utama iaitu penyegar, pelembap, serum, retinol, esen, pelindung matahari dan corrector.

Ia diformulasikan dengan ramuan terpilih bagi membantu mencegah tanda-tanda penuaan seperti kulit kendur, kedutan dan garis halus, sebelum ia mula kelihatan.

Presiden Jualan Global Nu Skin Enterprises, Justin Keisel berkata, sistem ageLOC Tru Face menawarkan penyelesaian khusus berprestasi tinggi untuk setiap peringkat perjalanan

penjagaan kulit.

Ia dapat menangani tanda-tanda penuaan sebelum dan selepas ia muncul.

“Sama ada untuk mengekalkan keremajaan kulit di usia 20-an atau memulihkan kulit yang mula menunjukkan tanda-tanda penuaan, sistem ini menawarkan hasil yang setaraf dengan rawatan dermatologi.

“Malah, setiap produk dalam rangkaian ageLOC Tru Face dirumus untuk memberi kesan ketara secara berperingkat, sekaligus mentakrifkan semula pengalaman ‘penjagaan kulit di rumah’,” katanya.

Sistem ageLOC Tru Face dibangunkan berdasarkan lebih 15 tahun penyelidikan dalam bidang ekspresi gen dan disokong oleh lebih 100,000 pengesahan klinikal secara kolektif, sekali gus menjadikannya antara inovasi penjagaan kulit rumah yang paling diyakini di pasaran global.

Habis

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN