Konsert Jelajah Rockology di Pulau Pinang ditunda - Utusan Malaysia

Konsert Jelajah Rockology di Pulau Pinang ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak penganjur Konsert Jelajah Rockology 2025, Rumah Produksi Merah (RPM) memaklumkan acara yang sepatutnya bakal berlangsung di Midtown PERDA, Pulau Pinang pada 21 Jun ini ditunda.

Menerusi sebuah kenyataan rasmi di Instagram, pihak RPM memberitahu penundaan itu berlaku atas sebab teknikal malah akan dibawa ke sebuah tarikh yang baharu.

“Kami ingin memaklumkan bahawa Konsert Jelajah Rockology 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 21 Jun 2025 di Midtown PERDA, Pulau Pinang telah ditunda ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“Kami memohon maaf atas sebarsng kesulitan yang mungkin timbul dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para peminat,” katanya dalam sebuah kenyataan, semalam.

Bagaimanapun, RPM turut memberitahu bahawa konsert jelajah yang akan berlangsung di Educity Sports Complex, Johor pada 5 Julai depan tetap akan berlangsung seperti dijadualkan.

“Untuk makluman, Konsert Jelajah Rockology 2025 pada 5 Julai 2025 di Educity Sports Complex, Johor akan diteruskan seperti dijadualkan.

“Segala persiapan sedang berlangsung seperti biasa dan kami tidak sabar untuk menggegarkan selatan tanah air bersama barisan rock lagenda tanah air iaitu Datuk Awie dan Search Kid Din,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN