MASYARAKAT Melayu Ulu Tembeling, Jerantut mewarisi membakar lemang menggunakan buluh berwarna kuning sejak 200 tahun lalu ketika musim perayaan dan majlis tertentu di kampung tersebut. Menurut penduduk, buluh kuning berasal dari Kampung Pasir Raja, Ulu Terengganu dibawa ke Ulu Tembeling, Jerantut oleh nenek moyang ketika menziarahi saudara-mara di sana. Sebelum itu, penduduk cuma menggunakan buluh berwarna hijau yang kebiasaannya diperoleh di kawasan pinggir kampung dan hutan berdekatan. Penduduk Kampung Bantal,…