Bercuti atas awan di Padawan

Bercuti atas awan di Padawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tersembunyi di bukit bukau yang menghijau di sepanjang perkampungan masyarakat Bidayuh di Padawan, Kuching, terdapat sebuah permata alam yang menjadi lokasi penginapan bagi mereka yang menginginkan ketenangan jauh dari bandar.

De Remin Sapit Camp bukan sekadar lokasi percutian, malah menjanjikan penyembuhan dan pemulihan jiwa, terutama bagi mereka yang mendambakan ketenangan.

Perjalanan ke sini memerlukan seseorang untuk mendaki dan meredah laluan mencabar, namun ia berbaloi apabila dapat menikmati keindahan alam semula jadi.

Di De Remin Sapit Camp, terdapat pelbagai pilihan penginapan, ada yang berkonsepkan rumah perkampungan Bidayuh, sesuai bagi mereka berkeluarga atau membawa anak kecil.

Kami pula lebih suka memilih untuk menginap di dalam khemah yang hanya dapat memuatkan dua orang.

Pengunjung juga boleh membawa khemah sendiri, kerana terdapat tapak disediakan.

Pengalaman tidur di dalam khemah di atas bukit buat kali pertama, seakan-akan berada di bawah langit, sambil ditemani bunyi cengkerik dan tiupan angin malam.

 

Makanan tradisional
Selepas seharian mendaki, tibalah saat yang paling ditunggu, makan malam ala kampung yang penuh dengan citarasa tradisi.

Bagi pengunjung beragama Islam, jangan risau, kerana semua makanan yang disediakan adalah halal.

Kami dihidangkan dengan ayam pansuh, masakan tradisi kaum Iban yang dimasak dalam batang buluh dengan campuran herba hutan, serai, halia dan daun bungkang.

Menu lain ialah daun midin goreng belacan, sayur liar kegemaran ramai di Sarawak. Teksturnya yang rangup, dipadankan dengan rasa pedas lemak belacan, menggoda selera.

Disebabkan pada waktu itu, merupakan musim buah dabai berbuah, kami berpeluang untuk menikmati buah eksotik tersebut.

Rasa lemak yang yang cukup unik, menjadikan ia dianggap sebagai avokado tempatan di negeri bumi Kenyalang itu.

 

Matahari terbit
Keesokannya, kami bangun seawal pukul 6 pagi, demi mengejar momen bersarapan pagi sambil melihat matahari terbit.

Walaupun badan menggigil kerana udaranya yang dingin, tetapi tidak melemahkan semangat kami.

Pemandangan pagi itu sangat luar biasa, melihat matahari mula memancarkan cahaya keemasannya hingga menembusi kabus dan awan karpet, membuatkan kami terasa seolah-olah berada di dunia kayangan.

Tanpa membuang masa, kami mengeluarkan kamera dan telefon pintar masing-masing, untuk mengambil gambar panorama memukau itu.

Jika anda ingin meneruskan eksplorasi alam semula jadi, terdapat air terjun yang tersembunyi di balik rimbunan hutan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN