40 pilihan sos BBQ

40 pilihan sos BBQ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADA 40 pilihan sos untuk dinikmati bersama aneka BBQ. 

Kenyataan itu sudah cukup mengujakan peminat hidangan bakar atau BBQ ditawarkan di Kites Restaurant, Glenmarie Hotel & Golf Resort. 

Ramai penggemar hidangan bakar ini, pasti rela mengorbankan waktu makan malam semata-mata memenuhi selera yang satu ini. 

Hujan lebat waktu saya melangkah masuk ke restoran ini bagi mencuba promosi Bufet BBQ Grill Revolution. 

Aneka hidangan laut seperti ikan, ketam dan udang, seolah-olah memanggil-manggil untuk tetamu menjamahnya dengan aneka sos tersusun rapi di sisi tempat pemanggang. 

Ada sos lada hitam, cendawan dan berempah yang menyelerakan. 

Sebenarnya lagi banyak sos ditawarkan, lagi sukar menembak mana satu yang sedap, lantaran pengalaman makan ini adalah melalui percubaan. 

Selagi tidak mencuba, tidak tahu yang mana satu berkenan dan menepati selera. 

Pesan saya, ambil masa dan makan dengan tenang sambil menikmati rezeki.

Ruang makan BBQ ini diadakan di bahagian luar ruang restoran utama.

Lokasi bersebelahan dengan kolam renang hotel dan padang golf cukup mendamaikan. Semerbak aroma panggang memenuhi ruang. 

Terasa lebih santai dengan hidangan live band yang menyajikan lagu popular semasa.

Istimewanya promosi ini kerana ia ditawarkan hanya pada Sabtu malam bermula jam 6.30 hingga 9.30 sahaja. 

Memang kena dengan selera warga kota yang mahu mencari kedamaian pada hujung minggu untuk merehatkan minda bersama teman atau keluarga.

Selain bufet BBQ, bufet makan malamnya tetap ada. 

Lebih 200 hidangan disediakan untuk dicuba, daripada selera tempatan hinggalah ke Barat.

Selesai mencuba BBQ, beralihlah ke di ruang makan sebelah dalam pula. 

Lokasi damai ini terletak hanya 30 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 10 minit dari Lapangan Terbang Subang SkyPark. Restoran dengan kemasan kayu ini baharu sahaja melalui proses dipertingkatkan. 

Bagi yang gemarkan dekorasi sedemikian, barangkali ini adalah lokasi yang anda cari-cari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×