CERITA tentang kesusahan terutama membabitkan kos sara hidup, kewangan dan hal-hal sampingan sering kali menjadi bahan bualan dalam kalangan masyarakat kita. Ia turut menjadi hal peribadi yang adakalanya memerlukan perhatian dan pertolongan pihak lain untuk meneruskan kehidupan hari esok. Bagaimanapun, bercakap tentang menghadapi kesusahan dalam konteks di negara ini terutama ketika sambutan bulan Ramadan tidak sama dengan mereka yang berada di negara lain lebih-lebih lagi golongan pelarian. Kebanyakan daripada kita…










