JURUFOTO dan penyelidik bebas mengenai Orang Asli, Suzairi Zakaria atau lebih dikenali sebagai Dome Nikong baru-baru ini diterbangkan ke Tokyo, Jepun untuk membuat pameran potret Orang Asli suku kaum Bateq dan Semaq Beri yang mendiami kawasan pedalaman Kelantan dan Terengganu. Idea pameran fotografi itu sebenarnya bermula melalui jemputan seorang Ahli Antropologi Jepun, Dr. Aya Kawai yang sebelum ini berkunjung ke penempatan Orang Asli di Kampung Kuala Koh untuk melakukan kajian…