Implikasi perang pada penyusuan ibu, bayi

Implikasi perang pada penyusuan ibu, bayi

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KITA sedia maklum konflik bersenjata memberi implikasi buruk yang mendalam kepada sejagat.

Selain kehilangan nyawa dan organisasi sosial, kebinasaan dalam pelbagai aspek kehidupan, baik dari segi kesihatan fizikal dan juga
mental tidak dapat dielakkan.

Kesan negatif ini tidak berhenti di situ sahaja, kemudahan infrastruktur, warisan sejarah dan ekologi turut terjejas akibat sikap buruk manusia.

Di sebalik impak ketara ini, sedarkah kita ikatan kasih ibu dan anak yang terjalin daripada hubungan penyusuan ibu dan menyumbang kepada kesihatan bayi, boleh turut terganggu akibat peperangan?

Isu ini mungkin dianggap enteng oleh sesetengah pihak, kerana kehilangan nyawa dan sistem kesihatan terjejas adalah kesan-kesan yang lebih jelas dan sering mendapat perhatian.

Namun, sifat kemanusian memerlukan kita mengambilkira semua cabaran dilalui pelbagai pihak untuk mengharungi saat-saat\ yang getir ini.

PRIVASI DAN KESELAMATAN

Ibu-ibu yang berada di kawasan terjejas akibat perang menghadapi rintangan di mana mereka tidak dapat mengurniakan hadiah yang paling berharga kepada bayi mereka iaitu susu ibu.

Penduduk terpaksa mencari perlindungan di khemah atau kem peperangan lanjutan daripada kehilangan tempat tinggal.

Selain tidak mempunyai tahap kebersihan memuaskan, seringkali penempatan sementara ini sesak dan menyebabkan ibu mungkin menghadapi kekangan untuk menyusukan bayi mereka secara langsung (direct latching) kerana kekurangan privasi.

Selain ruang yang sempit dan tidak selesa, persekitaran tidak selamat boleh menghalang proses penyusuan bayi dengan sempurna.

TEKANAN DAN KETAKUTAN

Kawasan konflik tentu saja menyebabkan ibu-ibu berdepan dengan tekanan atau stres, ketakutan dan kegelisahan.

Ancaman keganasan mengganggu mental dan emosi ibu. Tekanan boleh menjadi kronik dan mengakibatkan penurunan kadar pengeluaran susu yang ketara.

Ini menghalang pembekalan nutrien yang secukupnya kepada bayi.

Masalah ini boleh diatasi dengan pemberian susu formula, tetapi alternatif ini adalah hampir mustahil
untuk dilaksanakan di zon peperangan.

Ekoran dari peperangan, trauma psikologi, turut mengganggu keseimbangan hormon ibu yang diperlukan untuk menghasilkan kuantiti
dan kualiti susu ibu yang normal.

KURANG NUTRISI PADA IBU DAN BAYI

Akses kepada bekalan makanan dan air bersih terputus menyebabkan mangsa-mangsa peperangan mengalami kekurangan
nutrisi.

Bantuan dihantar negara-negara luar sering kali sukar untuk di bawa masuk ke zon
konflik.

Tidak terlepas daripada cabaran ini ialah ibu-ibu yang menyusukan bayi.

Keutamaan nutrisi pemakanan akan pergi kepada ibu untuk kelangsungan fungsi tubuhnya dan ini menyebabkan kandungan nutrisi dalam susu ibu yang dihasilkan berkurang.

Ini akan menjejaskan kesihatan bayi, terutamanya kepada bayi yang bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, pada enam bulan pertama kehidupan.

Gabungan faktor ini atas akan turut menyebabkan kesan langsung yang mendalam terhadap kesihatan serta pertumbuhan fizikal dan
mental bayi.

Bayi yang lahir atau membesar di kawasan konflik sudah tentu mempunyai kadar penyusuan ibu yang rendah.

Ini akan menyebabkan bukan sahaja kadar malnutrisi meningkat, tetapi juga kes jangkitan penyakit yang tinggi akibat tidak mendapat imuniti secukupnya dari susu ibu.

Trauma, stres dan gangguan emosi dihadapi ibu juga boleh dialami oleh bayi secara tidak langsung.

GANGGUAN PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN SOKONGAN KEMANUSIAAN

Sistem penjagaan kesihatan memainkan peranan penting terhadap kesejahteraan ibu dan bayi.

Risiko timbul kerana kerap kali sistem kesihatan adalah yang pertama akan lumpuh di zon peperangan.

Kekurangan petugas kesihatan boleh menjejaskan program sokongan penyusuan ibu.

Ketiadaan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang penting seperti pemeriksaan berkala dan program imunisasi memudaratkan lagi kesihatan bayi.

Inisiatif sokongan kesihatan berterusan perlu dipastikan, selain menawarkan perkhidmatan sokongan psikososial.

Implikasi peperangan terhadap penyusuan ibu dan kesihatan bayi tidak dapat dinafikan.

Penting untuk kita mengiktiraf daya tahan ibu dalam menghadapi cabarancabaran ini dan organisasi terlibat dalam bantuan kemanusiaan perlu bersedia.

Jangan terlepas pandang dalam memberi sokongan diperlukan di dalam perjuangan kita demi keamanan dan kestabilan di kawasan yang dilanda konflik.

Penulis adalah pensyarah kanan Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM) dan ahli penyelidik kumpulan Breast Milk Research Program, UM.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya