Gerak-geri pencinta kopi dalam Kafe

Gerak-geri pencinta kopi dalam Kafe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang Melayu
iring seorang Inggeris
ke kafe ini
ceria.

kenapa tidak
ke warung tradisi
cicip seri muka
hirup kopi kampung?

BUKU berjudul Kafe dengan gambar hitam putih yang diselitkan dalam buku ini memberi gambaran tentang kehidupan yang menyediakan pelbagai cerita dan 1,001 pengajaran yang dilalui sesiapa sahaja.

Bagi sesetengah orang, kafe adalah tempat menikmati pastri panas sambil mencicipi latte. Ada juga yang menjadikan kafe sebagai tempat menyiapkan kerja-kerja tertunda.

Lutfi Ishak sering menulis di sudut kafe-kafe di sekitar kota raya untuk mencerap idea, falsafah dan fikiran daripada sekelilingnya. Lantas mengajak kita untuk memerhatikan gerak-geri dan gelora pengunjung-pengunjung kafe.

Buku berjudul Kafe ini menyajikan puisi-puisi pelbagai tema termasuk agama, politik, masyarakat, falsafah dan cinta. Ada puisi yang terasa pedas kerana kritikannya diikuti yang manis kerana cintanya.

Malah, ada juga puisi tentang kehidupan dan masyarakat yang terasa pahit seperti kopi yang dihirup di kafe.

Terdapat dua bahagian sajak dalam Kafe ini iaitu ‘nalar-nalar’ dan ‘watak-watak’. Lutfi mengambil peluang menjelaskan sebab-sebabnya secara ringkas.

“Dalam konteks ‘watak-watak’, semuanya ialah catatan kisah benar manakala ‘nalar-nalar’ pula merujuk kepada kuat kuasa akal fikiran.

“Apabila digandakan, bermaksud kerja berfikir lebih daripada sekali dalam menilai baik dan buruk sesuatu peristiwa di luar diri. Bahagian ini sering dianggap sebagai kritikan sosial dan politik oleh sesetengah pembaca,” katanya.

Sajak dalam buku Kafe ini terkarang oleh Lutfi di pelbagai tempat. Kebanyakannya merakam kehidupan Kuala Lumpur dan warganya pada waktu tersebut.

Buku ini dicetak pertama kali pada 2010. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya