Azwan Ali buat rumah terbuka 'ajak' arwah ibu, ayah

Azwan Ali buat rumah terbuka ‘ajak’ arwah ibu, ayah

azwan ali
AZWAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya masih waras. Nak kata saya sewel sekali pun sebab buat rumah terbuka untuk orang yang telah meninggal, katalah. Ini rumah saya.”

Demikian jawapan pengacara dan pelakon Azwan Ali, 57, ketika diminta mengulas mengenai sebuah video majlis rumah terbuka yang diadakannya untuk ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Azwan yang mesra disapa sebagai Diva AA berkata, walaupun tiada tetamu lain dijemput, dia tetap menghidangkan juadah raya resipi turun temurun ibunya, Allahyarham Che Tom.

“Realitinya saya buat rumah terbuka semalam dengan menjemput arwah ibu, Allahyarham Che Tom dan arwah bapa, Allahyarham Ali Omar. Saya juga menjemput arwah nenek dan datuk.

“Walaupun jasad mereka tiada, namun saya seperti dapat rasa mereka ada bersama. Terpulanglah warganet nak kata itu kiasan atau apa, perspektif masing-masing.

“Yang penting saya dapat meraikan lebaran ‘bersama’ mereka,” katanya yang menghidangkan juadah rendang, kari ayam, lontong dan kuah kacang.

Azwan yang pernah memenangi Anugerah Televisyen Asia Terbaik 1999 juga mendedahkan bangun seawal tiga pagi bagi menyiapkan juadah untuk ‘tetamu’ jemputannya.

Tegasnya, pengalaman pernah dikhianati segelintir individu telah membuatkan dirinya tawar hati untuk mengadakan rumah terbuka sejak 10 tahun lalu.

“Kalau dahulu setiap tahun saya memang wajib buat rumah terbuka dan jemput rakan-rakan artis, kenalan industri dan para wartawan.

“Tapi disebabkan segelintir individu yang cakap buruk belakang saya, lebih-lebih lagi segelintir individu itu adalah artis yang pernah saya kutip bekerja dalam produksi saya, jadi saya sudah tawar hati.

“Tahun ini saya buat sebab teringat dekat mereka yang sudah meninggal. Ia juga sebenarnya menempelak mereka yang tidak dijemput,” katanya.

Untuk info, Azwan Ali kehilangan ibu tersayang, Che Tom pada tahun 2017. Manakala bapanya, Ali Omar yang juga merupakan seorang guru agama telah meninggal dunia lebih daripada 23 tahun yang lalu.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya