fbpx

Tidak lagi ‘berahsia’, Mira Filzah kongsi wajah anak

MIRA dan suami bersama anak mereka yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.

KUALA LUMPUR : Hampir lima bulan ‘merahsiakan’ wajah anak sulung kesayangannya daripada tatapan umum, pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah, 29, akhirnya memperkenalkan Wan Khair Amir dalam satu perkongsian di Instagram, beberapa jam lalu.

Menerusi hantaran di media sosial itu, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar memuat naik gambar mereka sekeluarga yang dilihat sedondon menggayakan pakaian tradisional berwarna hijau sambil memperlihatkan wajah anak mereka.

Wan Emir menerusi hantaran di Instagram turut berdoa agar putera sulung mereka itu menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa dan mama serta semua mendoakan moga Wan Khair Amir menjadi anak yang soleh dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Pasangan tersebut juga menitipkan pesanan ringkas buat anak mereka itu pada ruangan sama.

“Papa dan mama sayang anak papa mama Wan Khair Amir hingga ke akhir waktu,” katanya lagi.

Rata-rata warganet memuji wajah comel anak pelakon tersebut, malah memberikan pendapat raut wajah Wan Khair Amir seiras ibunya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan Mira selamat melahirkan bayi lelaki pada 10 Mei lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN