Tempoh 14 hari memang tak cukup - Zahiril Adzim - Utusan Malaysia

Tempoh 14 hari memang tak cukup – Zahiril Adzim

ZAHIRIL mempertaruhkan filem terbaru, Siku 12: Langkah Derhaka yang akan memulakan tayangan 27 Oktober ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Zahiril Adzim, mengakui kekangan masa untuk membuat persiapan, selain tempoh penggambaran yang terbatas iaitu 14 hari memberikan cabaran besar ketika dia beraksi dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka.

Zahiril berkata, sebagai pelakon, dia telah berusaha merealisasikan watak A-Wut dengan sebaik mungkin meskipun terpaksa beraksi dalam kesuntukan masa.

“Tidak dinafikan, tempoh persediaan memang tidak cukup kerana pada awalnya, projek ini adalah untuk supertelefilem. Saya tidak tahu, ia diangkat sebagai filem untuk tayangan di pawagam.

“Saya sudah berikan yang terbaik dalam tempoh singkat itu. Secara peribadi, untuk diri sendiri, masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki.

“Saya sudah bersedia untuk menerima apa sahaja komen penonton nanti. Kalau suka, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, itu hak mereka. Penonton sekarang sudah bijak menilai,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem tersebut di Golden Screen Cinemas (GSC) Starling Mall, Petaling Jaya, kelmarin.

Siku 12: Langkah Derhaka arahan Azhari Zain ini mengetengahkan elemen persilatan Melayu permainan 12 yang jarang diketahui umum dan seni mempertahankan diri iaitu Muay Thai.

Selain Zahiril, filem yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 27 Okotober ini turut menampilkan Syafiq Kyle sebagai teraju utama.

Dalam pada itu, Zahiril berkata, pengalaman membintangi filem Bunohan sebelum ini sedikit sebanyak membantunya mendalami watak A-Wut dengan lebih baik.

Katanya, dia menerima tawaran melakonkan watak berkenaan kerana elemen persilatan langkah 12 dilihat mempunyai tarikan untuk diketengahkan kepada semua pihak.

“Tajuk filem ini sendiri sangat menarik kerana sebelum ini, saya tidak tahu tentang kewujudan langkah 12. Ia merupakan perkara baru untuk saya pelajari.

“Saya harap filem ini dapat memperkenalkan seni silat berkenaan kepada ramai orang kerana keunikannya yang tersendiri,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya