Tidak lagi tas tangan mewah, Ifa Raziah pilih kumpul emas - Utusan Malaysia

 Tidak lagi tas tangan mewah, Ifa Raziah pilih kumpul emas

IFA Raziah menerima set barang kemas bernilai lebih RM100,000 sempena ulang tahun kelahirannya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Artis serba boleh, Ifa Raziah, mengakui andai sebelum ini gemar memanjakan diri dengan memiliki tas tangan berjenama, dia sebaliknya kini lebih berminat mengumpul emas sebagai pelaburan masa hadapan.

Ifa berkata, dia sedang berusaha mengubah gaya hidupnya dan terharu apabila suaminya menghadiahkan set barangan kemas sempena sambutan hari lahirnya yang ke-47, semalam.

“Hadiah paling bermakna tahun ini daripada suami. Dia ada bertanya sama ada saya mahu tas tangan jenama kegemaran, tetapi apabila difikirkan, saya sudah ada terlalu banyak beg.

“Saya terfikir untuk membuat pelaburan pula demi masa depan. Jadi, suami hadiahkan set barang kemas bernilai RM100,000.10.

“Dia yang pilih rekaan sebagai simbolik cintanya terhadap saya. Bagi saya, emas ini untuk simpanan masa depan kerana kita tidak tahu bagaimana nanti situasi ekonomi. Jadi, lebih baik saya  simpan emas sebagai persediaan,” katanya.

Sebelum ini, tular video dia membeli barang kemas di sebuah kedai sehingga menjadi bualan ramai di media sosial. Aksinya berbelanja besar mengundang pelbagai reaksi netizen, malah ramai gembira dengan rezeki yang diterimanya.

Namun, ada juga yang meninggalkan komen nakal apabila mempertikai citarasa Ifa yang gemar memilih barangan kemas bersaiz besar.

“Saya akan pakai ikut waktu dan acara yang bersesuaian, bukan untuk kegunaan harian. Selalunya, untuk gaya harian, saya pilih barang kemas yang kecil dan sederhana.

“Barang kemas yang besar ini hanya digayakan ketika menghadiri majlis. Selesai acara, saya akan buka dan simpan semula.

“Saya tidak bimbang kerana ada beberapa pengawal peribadi untuk memastikan keselamatan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN