Lepo Mare Kelih tawar interaksi digital

Lepo Mare Kelih tawar interaksi digital

Lepo Mare Kelih
MENERUSI peta interaktif, orang ramai boleh melihat tarikan secara offline, sekali gus memperkasakan lagi industri pelancongan luar bandar di Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lepo Mare Kelih yang baru dilancarkan di Kampung Pa’ Lungan, Bario, Miri di Sarawak menawarkan keunikan kepada pengunjung menerusi teknologi peta digital interaktif (ID-map) dan realiti terimbuh (AR) yang diperkenalkan di pusat informasi pelancongan itu.

Pembangunan inovasi itu dicetuskan oleh sekumpulan penyelidik daripada Fakulti Seni Gunaan & Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bagi menyalurkan maklumat berkaitan budaya dan tempat tarikan pelancongan desa.

Wakil penyelidik, Doris Maying berkata, sistem ID-map mula digunakan di pusat berkenaan sejak 2017 lagi dan kemudahan sama bakal diperluaskan ke lokasi kedua, Kampung Pa’ Umur, Bario tahun depan.

Katanya, menerusi peta interaktif itu, orang ramai boleh melihat tarikan secara offline, sekali gus memperkasakan lagi industri pelancongan luar bandar di Sarawak.

“Pelancong berpeluang memilih dan merasai pengalaman baharu berkaitan tempat pelancongan menarik melalui aplikasi AR dan ID-map itu.

“Kewujudan Lepo Mare Kelih ini bukan sahaja selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030, malah turut menyumbang kepada eksplorasi penggunaan visual secara lebih kreatif dalam membantu menyampaikan maklumat dengan berkesan,” katanya.

Menurut Doris, selain mempergiatkan segala aktiviti eko-pelancongan desa, pembangunan pusat itu pada masa sama, dapat menjana pendapatan kepada penduduk setempat.

Katanya, maklumat yang disediakan melalui ID-map memberi peluang kepada pemandu pelancong untuk berkongsi butiran yang lebih tepat dengan pengunjung.

Dasar Lepo Mare Kelih

» Mempergiat digitalisasi pelancongan: Pengenalan kepada teknologi Augmented Reality dan poster interaktif digital melalui iD-MAP.

» Memperkayakan pengalaman dan kepuasan pelancong: Pelancong berpeluang memilih dan mengalami pengalaman baru berkaitan tempat pelancongan menarik melalui aplikasi Augmented Reality dan iD-MAP.

» Memperkukuh komitmen terhadap pelancongan lestari: Pembinaan Pusat Maklumat Pelancongan (Lepo Mare Kalih) di Pa’ Lungan memberi komitmen baru kepada industri pelancongan luar bandar di Sarawak.

» Meningkatkan kapasiti modal insan: Maklumat yang disediakan melalui iD-MAP memberi peluang kepada pemandu pelancong setempat untuk berkongsi maklumat yang lebih tepat bersama pelancong.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya