Pahang laksana 18 projek tebatan banjir

Pahang laksana 18 projek tebatan banjir

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak 18 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) melibatkan kos keseluruhan RM3.184 bilion sedang dilaksanakan dalam usaha menangani masalah banjir di negeri ini terutama setiap kali musim tengkujuh.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah itu, 11 projek sudah bermula secara fizikal di tapak, enam dalam proses reka bentuk manakala satu projek baharu diluluskan menerusi Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). 

“Senarai projek tersebut banyak yang sudah bermula secara fizikal di tapak ada 11, antaranya adalah menyiapkan bagi kerja bagi rancangan tebatan banjir Bandar Pekan.

“Yang kedua Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kuantan, RTB Sungai Kuantan dan di daerah Temerloh juga ada. Ada 11 termasuk Lipis pun ada, di Bera pun ada.

“Projek yang dalam proses reka bentuk ada enam, di Temerloh pun ada iaitu di Semantan, di Bentong pun ada RTB Lembangan Sungai Pahang (dengan) RM227 juta kos projek,” katanya ketika menjawab soalan dikemukakan V. Arumugan (BN-Sabai) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Wan Rosdy turut memaklumkan projek Pembinaan Ban Banjir di Lipis melibatkan kos RM14.6 juta sudah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) RMK-13.

Menjawab soalan tambahan dikemukakan ADUN Sabai berkaitan projek RTB di Bentong yang  bermula pada November 2025, beliau berkata, projek tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang November 2029 sekiranya pelaksanaan berjalan lancar.

Katanya, antara skop utama projek adalah kerja mendalamkan sungai bagi mempercepat aliran air, pembinaan ban banjir untuk mengukuhkan tebing sungai serta penaiktarafan empangan di kawasan Lembah Klau dan Perting.

Beliau berkata, keberkesanan projek tebatan banjir yang telah siap sebelum ini turut dapat dilihat apabila beberapa kawasan yang dahulunya sering dilanda banjir besar kini dapat diminimumkan impaknya.

Antara projek yang sudah siap ialah RTB Bandar Maran Fasa 1, PLSB Sungai Kuantan Fasa 2 serta RTB Lembah Bertam Cameron Highlands yang disiapkan masing-bermula dari 2020 hingga 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN