UMNO terbuka terima pemimpin Bersatu digantung, dipecat

UMNO terbuka terima pemimpin Bersatu digantung, dipecat

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: UMNO menerusi gagasan Rumah Bangsa terbuka untuk menerima mana-mana individu atau ahli politik termasuklah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikenakan tindakan pergantungan dan pemecatan keahlian mereka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, gagasan itu merupakan satu inisiatif berskala besar dan tidak terhad kepada mana-mana parti atau mana-mana individu.

“Kita terbuka untuk menerima sesiapa sahaja kerana rumah kita Rumah Bangsa maknanya rumah kita itu besar. Kita terima sesiapa sahaja,” katanya ketika diminta mengulas tindakan Bersatu menggantung Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas, semalam.

Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd. Radzi Manan memaklumkan Muhammad Islahuddin dikenakan tindakan itu selepas beliau didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

“Dengan penggantungan itu, maka Yang Berhormat secara langsung dilucutkan segala jawatan yang dipegang dan tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti sehingga tamat tempoh penggantungan.

“Pihak Yang Berhormat boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini,” katanya dalam satu notis. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN