Kami tersingkir bermaruah - Kumpulan Beduk - Utusan Malaysia

Kami tersingkir bermaruah – Kumpulan Beduk

IMPIAN kumpulan Beduk ke final Awesome Raja Lawak musnah apabila tersingkir, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mengikuti jejak langkah Kanmani, Kacau dan Zunny, kumpulan Beduk akur terpaksa berputih mata apabila diumumkan tersingkir pada persaingan minggu keempat program Awesome Raja Lawak, malam tadi.

Menurut Amie Sharin, dia dan sahabatnya, Mohd Zr, sudah berusaha sedaya upaya berusaha memberikan yang terbaik untuk memastikan mereka mara  ke pentas akhir, namun akur apabila rezeki tidak menyebelahi.

“Kalau ada yang beranggapan, tumpuan kami terganggu, rasanya tidak. Jika itu berlaku, mungkin kami tidak mungkin dapat teruskan persembahan dengan baik pada malam tadi.

“Sebelum lakukan persembahan, kami memang memberikan sepenuh fokus dengan apa yang mahu disampaikan. Kami keluar bermaruah  kerana sudah buat yang terbaik. Nama pun Beduk, kami beduk saja dan anggap semua ini sebagai cabaran serta adat bertanding.

“Selepas ini, kami akan tetap terus berkarya, di samping menyambung semula kerja seperti menjadi pengacara sambilan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Amie berkata, walaupun tersingkir, Beduk tetap akan memberikan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang masih berjuang dalam program berkenaan.

“Kawan-kawan dalam Awesome Raja Lawak semuanya sudah kami anggap seperti keluarga. Sudah macam adik-beradik. Rata-rata yang bersaing memang berbakat besar dan kelakar.

“Kami akan sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan semua terus bersemangat untuk berjuang hingga ke pentas akhir,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya