“Logiknya Muslim Malaysia patut menjadi penghuni syurga paling ramai kerana mereka sudah merdeka dan bebas mempraktikkan Islam di mana sahaja tanpa halangan. Ketika Muslim sesetengah negara terpaksa berjalan ratusan kilometer mencari masjid, Muslim Malaysia hanya perlu ‘mengensot’ ke tangga surau atau masjid. Malangnya, sesetengah Muslim Malaysia bak ayam yang kelaparan mati dalam gudang dedak atau seperti ikan yang mati lemas dalam lautan luas.” Pernah saya temui seorang pelarian politik yang…