Syarfa Adrianna tak ketepikan pelajaran - Utusan Malaysia

Syarfa Adrianna tak ketepikan pelajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rancangan hit, All Together Now Malaysia (ATNM) musim pertama membuka lembaran baharu buat remaja ini mengatur langkah dalam industri muzik tanah air.

Walau baru berusia 14 tahun dan masih di bangku persekolahan, ia bukan penghalang Syarfa Adrianna bergelar sebagai penyanyi pada usia muda.

Malah, bagaikan terpijak rezeki dia dilamar label terkenal, MVM Music untuk merakam sebuah single sulungnya berjudul Selamat Tinggal Cinta, bagi runut bunyi (OST) drama popular, Jangan Menangis Cinta.

“Saya mula minat dan belajar muzik ketika berumur lima tahun. Sebelum ini, saya tidak pernah lagi mencuba untuk menyertai mana-mana program televisyen.

“Ketika saya menyertai ATNM, saya sendiri menentukan dan hendak sertai program ini kerana minat dalam bidang nyanyian. Saya mula menyertai pertandingan pada usia tujuh tahun.

“Selain itu, saya juga belajar menyanyi dengan papa kerana dia seorang gitaris. Sebelum menyertai program realiti ini, saya pernah memasuki pertandingan di pusat beli- belah dan ekspo-ekspo yang ada di Pulau Pinang,” katanya.

Kongsi anak kedua daripada lima adik beradik ini, dia akui sejak menyertai program tersebut, dirinya lebih dikenali malah ada dalam kalangan rakan sekolahnya menghafal lagu terbaharunya.

“Masa saya mula menyertai rancangan berkenaan, ramai juga mengikuti saya di Instagram. Di sekolah pula, ada yang mengenali saya sebagai penyanyi.

“Saya akui malu pun ada, tetapi lebih kepada rasa gembira

“Saya juga akui berasa agak kekok untuk berjumpa dengan orang ramai kerana saya pemalu. Saya ini baru dalam industri muzik ini,” kongsinya.

Sedar bahawa pelajaran adalah keutamaan, dia cuba seimbangkan hal akademik dan kerjayanya agar kedua-duanya bergerak seiring.

Namun, Syarfa memberitahu setakat ini dia cuma akan melakukan persembahan-persembahan yang penting sahaja bagi memberi fokus yang lebih terhadap pelajaran.

“Jika ada apa-apa aktiviti di sekolah, saya tidak keluar. Namun, jika saya ada show di luar, saya ambil yang penting sahaja kerana pada masa sama mahu belajar juga,” katanya.

Bintang kecil molek ini turut mempunyai idolanya yang tersendiri dalam bidang muzik tempatan ini.

“Saya mempunyai penyanyi yang saya minat dan idolakan dalam industri ini.

“Bagi penyanyi lama, saya minat legenda Ella. Untuk yang baharu pula, saya meminati Ernie Zakri,” ceritanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya