fbpx

Azar Azmi kenapa berkurung?

Lama juga sebenarnya Cik Bunga tak nampak kelibat pelakon Azar Azmi di mana-mana acara hiburan. Di kaca televisyen pun, tak ada sangat. Kalau ada pun, itu yang drama atau telefilem yang sudah 20 kali diulang tayang.

Rasa Cik Bunga, Azar ini adalah antara pelakon wanita yang agak popular pada waktu ini dan menjadi rebutan penerbit dan pengarah untuk menjayakan projek drama masing-masing. Tapi, tidak seperti sebelum ini, tiba-tiba nama Azar seakan senyap pula.

Tak tahulah kalau dia diboikot. Tapi boikot untuk apa? Lupakan, Cik Bunga hadir dengan teori rambang saja.

Bila duduk dengan seorang kenalan industri beberapa hari lepas, baru Cik Bunga dapat tahu Azar khabarnya sedang mengurungkan diri di rumah. Tak pasti jugalah sebab apa kerana kata teman Cik Bunga, dia dah lama tak keluar dari rumah.

Sampaikan tak nak berjumpa orang termasuk kawan-kawan dia sendiri. Kenapa agaknya itu? Cik Bunga harap janganlah Azar terpalit dengan isu kesihatan mental atau kemurungan. Sebab, kalau dengar ceritanya, macam ada petanda begitu.

Tidaklah kita mendoakan perkara yang tidak baik. Tapi kalau betul Azar mengurungkan diri untuk sebab begitu, itu bermakna dia perlukan bantuan. Kawan-kawan yang mengenali dan rapat dengan dia harus memainkan peranan. Usah biarkan dia larut dengan emosi yang tidak sihat.

Dalam masa sama, Cik Bunga titipkan juga doa dan pesanan buat Azar agar tidak terlalu berlama-lama mengurungkan diri. Sayang sekali kerana ketika ini semua orang tahu Azar tengah on demand. Bakatnya dalam dunia lakonan tak perlu dipertikai lagi. Jadi, lekas-lekas sembuhkan diri ya dik. Kami semua mendoakan yang baik-baik buat awak.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN