Saya kecil hati? Eh, sudah tentu – Cristina Suzanne - Utusan Malaysia

Saya kecil hati? Eh, sudah tentu – Cristina Suzanne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASANYA, seakan baru sekitar dua minggu lalu ruang industri hiburan disajikan dengan luahan hati pelakon Johan As’ari yang mengaku berkecil hati dengan tindakan sebuah stesen televisyen meng ‘tong sampahkan’ namanya dalam senarai artis pilihan.

Itu versi lelaki. Tidak sangka juga, untuk versi pelakon wanita pun ada! Ini yang terjadi kepada pelakon berbakat besar, Cristina Suzanne, 37, yang khabarnya terpalit dengan isu yang sama.

Difahamkan, namanya asyik ditolak oleh stesen tv dan itu menyebabkan peminat pula beranggapan, dia yang tidak mahu meneruskan bidang lakonan lagi.

Padahal, tidak pernah terwujud pun istilah ‘aku mahu berhenti’ buat si empunya diri. Sejauh mana benarnya situasi ini, kita tanya sendiri dengan pelakon ini.

Betulkah Cristina bukan lagi pelakon pilihan stesen tv? Apa cerita ya? Memang tak ada langsung ke dapat tawaran berlakon?
Susah saya nak kata sebab kadang-kadang ada tawaran, tapi masa pula tak kena. Tapi ada juga yang saya dengar, ada pihak stesen tv yang tak luluskan nama saya dalam senarai pelakon yang mereka nak. Entahlah pengikut tak ramai kot…

Jadi, awak rasa memang itukah puncanya sampai stesen tv reject nama awak?
Iyalah, agaknya memang salah saya juga. Bagi saya, adakala tak nak juga salahkan mana-mana pihak. Saya cuba juga tengok silap sendiri. Saya pun tak selalu muat naik perkongsian yang kerap macam artis-artis lain di media sosial. Iyalah, sekarang ini kan zaman media sosial. Saya ini tak rajin sangat. Mungkin itulah agaknya kelemahan saya sampai stesen tv pun tak jadikan saya sebagai pelakon pilihan.

Tapi awak sedar tak, sayang sekali jika bakat yang ada pada awak ini terus dipandang sepi? Sedangkan sepatutnya, masa inilah awak kekal aktif. Belum pun usia menginjak tua, betul tak?
Cakap pasal bakat, semua orang bagi saya ada bakat. Itulah, nak salahkan budaya industri yang pandang jumlah pengikut pun tak boleh. Sebabnya, memang zaman ini media sosial bermaharajalela. Nak cakap kenapa pelakon baru sekarang makin ramai, eh dulu pun, masa kita jadi pelakon baru dan masuk ke industri, kita pun macam mereka, nak cari peluang. Masa itu, kasihan orang lama. Kita tak rasa masa itu sebab tengah syok layan momen cipta populariti itu. Bila dah jadi macam ini, baru sedar diri. Orang kata, inilah putaran roda. Saya ini dah boleh terima benda ini. Memang tahu diri tak adalah tua sangat, tapi nak buat macam mana bukan?

Bila dah tahu, nama Cristina bukan pelakon pilihan, sejujurnya, kecil hati tak?
Eh, tentulah rasa kecil hati. Tapi macam saya cakap, nak marah-marah sangat pun, kita tak kuasa. Kita nak marah stesen tv sampai marah dengan semua benda? Malaslah. Daripada kita marah-marah mereka ini, baik saya buat benda lain. Kalau ada rezeki, adalah itu. Sekarang, saya cuba juga rajinkan diri buat Tiktok. Dalam pandai tak pandai itu, saya gigihkan juga. Tak sangka ada yang tengok.

Istilah pencen awal, apa komen Cristina? Memang sekarang terasa nak pencen awal tak dari dunia seni?
Tak pernah kata nak berhenti. Minat saya dalam dunia seni ini tak pernah pudar. Tapi kalau orang tak panggil berlakon, saya nak marahkah? Kenalah pandai teroka peluang lain. Sebab itulah saya cuba berniaga. Sebelum ini saya jadi rakan kongsi suami dan buka sebuah pasaraya Glenn’s Grocer. Tapi itu lebih kepada bisnes suami. Saya nak juga buat bisnes sendiri, jadi saya usahakan pula jenama Cristinastockstill. Keluarkan rangkaian baju selesa untuk wanita. Nak bergantung sangat pada berlakon saja, risau juga. Tengoklah apa yang berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Ramai terjejas tak boleh keluar dan ke set penggambaran. Kena ada juga sumber pendapatan lain. Bukanlah nak duit berjuta-juta sebulan. Saya buat kecil-kecilan ini pun dah rasa seronok. Industri seni lakon saja tidak menjamin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya