Natasha Hudson, Jay Jasmin selamat bernikah - Utusan Malaysia

Natasha Hudson, Jay Jasmin selamat bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Natasha Hudson, selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Jay Jasmin, semalam.

Pasangan merpati dua sejoli itu diijab kabulkan di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menjengah di Instastory, Natasha ada memuat naik semula beberapa keping gambar yang dikongsi oleh rakan industri dan kenalan yang hadir ke majlis pernikahan mereka itu.

Menerusi perkongsian tersebut, pasangan itu dilihat mengenakan baju sedondon berwarna peach dan duduk bergambar di atas pelamin serba ringkas.

“Doakanlah banyak-banyak buat kami dan sekeluarga hingga ke akhir hayat. Buat pihak media, tolong jangan keluar dengan tajuk laporan tidak betul demi menjual berita kalian.

“Saya akan mengambil tindakan keras sekiranya kalian mencalarkan nama baik saya dan keluarga. Tak perlu tulis berapa banyak kali (saya sudah kahwin).

“Tolong tulis tajuk yang positif kalau kalian berniat nak tulis kerana saya tidak mahu sebarang publisiti murahan,” kata Natasha menerusi Instagramnya.

Difahamkan, Natasha mula berkawan rapat dengan Jay semasa dia menyertai aktiviti luncur ombak di Langkawi, Kedah.

Terdahulu, Natasha bercerai dengan suami keempatnya, Noor Nashriq pada Oktober 2019 selepas setahun berkahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya