“Tunang? Mana ada” - Janna Nick - Utusan Malaysia

“Tunang? Mana ada” – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Mana ada tunang. Saya di set penggambaran ini.”

Itu jawapan pelakon, Janna Nick apabila ditanya adakah dia melangsungkan pertunangan selepas memuat naik gambar memakai baju songket berwarna biru di Instagram.

Jelas Janna, dia memuat naik gambar itu sekadar untuk berkongsi momen ketika di set penggambaran drama baharunya.

“Tidak adalah. Takkan nak tunang tiba-tiba kan? Saya sedang di set penggambaran. Saja muat naik mahu promosi drama Shakira,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Gambar dengan kapsyen tarikh 1 November dan emoji cincin itu mencetuskan teka teki dalam kalangan peminat apabila ada yang terkejut Janna bertunang secara tiba-tiba.

Namun, ada juga yang mempersoal pemilihan busana Janna yang digambarkan tidak kena dengan imej dan status pelakon itu.

Janna sebelum ini secara terbuka berkongsi hubungan cintanya dengan pelakon, Dini Schatzmann.

Malah sebelum ini, Janna juga dikhabarkan sudah bernikah dengan kekasihnya di luar negara namun dinafikan oleh pelakon itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya