Saya tak sentuh isu peribadi karekter yang ditiru - Danial Zaini - Utusan Malaysia

Saya tak sentuh isu peribadi karekter yang ditiru – Danial Zaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak dan penyanyi, Danial Zaini,28, menjelaskan, dia tidak akan menyentuh isu yang secara terus menjurus ke arah karakter peribadi seseorang figura terkenal yang dilakonkan atau ditiru olehnya apabila berada di pentas.

Menurut Danial,sebagai orang yang memperjuangkan cabang komedi berbentuk impersonifikasi, dia amat menjaga batasnya dalam melakukan persembahan agar tidak menyinggung atau menimbulkan masalah.

“Saya sentiasa menjaga batas dan had dalam bab ini. Saya tak akan sentuh isu yang terus menyentuh perihal peribadi sesebuah karekter itu. Sebab itu bila saya nak melakukan impersonifikasi, saya tidak maklumkan siapa yang saya buat.

“Jika penonton tahu siapa, maka impersonifikasi saya berjaya,”katanya dalam satu hantaran di akaun Instagramnya semalam.

Selain itu, Danial tidak menolak bahawa seringkali orang bertanya kepadanya bagaimana dirinya mampu meniru karekter yang dibawa sementelah menyedari ia bukan sesuatu mudah.

“Secara dasarnya, saya akan kaji karakter yang akan ditiru tu dari sudut suara,intonasi,bahasa tubuh atau ekspresi wajahnya.

“Lazimnya, akan ambil masa berhari-hari untuk saya kaji dari video dan carian atau bertemu depan-depan dengan orang tersebut. Impersonifikasi saya tidak menjurus terus pada individu karakter tersebut .

“Saya tidak beritahu penonton nama siapa yang saya tiru, biar penonton yang meneka dengan sudut suara,bahasa tubuh atau mimik wajah. Itulah impersonifikasi. Saya tidak menjadi karakter itu sebagai karekter itu,”katanya.

Memetik kata ikon pelukis terkenal dunia, Pablo Picaso, Danial turut berkongsi antara ayat yang menjadi pegangannya menerusi hantaran di Instagramnya.

“Pablo Picasso pernah berkata ‘Learn the rule like pro,so you can break them like an artist’. Impersonifikasi atau tiru gaya (dalam bahasa mudah) adalah satu cabang dalam subjek komedi.

“Bertahun-tahun saya belajar dan juangkan cabang ini untuk diterima. Kalau di Hollywood impersonifikasi sangat banyak macam El Moreno Michael, Rich Little ,Jordan peele,”katanya.

Dalam pada itu, kata Danial, apa yang dilakukan menerusi persembahannya selama ini tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata kerana hiburan buat peminat dan penonton.

“Impersonifikasi di atas pentas komedi bertujuan hanyalah untuk memberi komedi buat semua penonton dan apresiasi buat individu yang ditiru. Saya tidak akan menjurus impersonifikasi saya ke arah sudut yang konteksnya negatif.

“Apa sahaja yang dilakukan di pentas komedi cuma satu tujuan. Iaitu memberi hiburan buat semua. Tidak lebih dari itu,”katanya.

Sebelum ini, Danial pernah membawa watak impersonifikasi beberapa figura terkenal dalam persembahannya dan ia termasuk Tun Mahathir, Datuk Chef Wan, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN