Tindakan AS mampu cetuskan perang dunia – Tun Mahathir

Tindakan AS mampu cetuskan perang dunia – Tun Mahathir

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Amerika Syarikat (AS) menghalang kapal yang mendapat kebenaran Iran untuk melalui Selat Hormuz berpotensi mencetuskan konflik lebih besar sehingga membawa kepada perang dunia.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, situasi akan menjadi lebih tegang sekiranya melibatkan kuasa besar lain seperti China.

“Saya tertanya-tanya apa akan berlaku sekiranya sebuah kapal tangki gergasi dari China cuba melalui Selat Hormuz selepas membayar tol kepada Iran.

“Adakah keadaan akan menjadi tidak terkawal? Ia berpotensi mencetuskan perang dunia. Malah, Trump (Presiden AS, Donald Trump) sendiri tidak menyokong berlakunya perang dunia,” katanya.

Semalam, sebuah kapal tangki dari China yang dikenakan sekatan oleh AS berjaya melalui Selat Hormuz, walaupun terdapat sekatan laut di laluan strategik tersebut, menurut data perkapalan.

Kapal dikenali sebagai Rich Starry itu menjadi yang pertama berjaya melepasi selat berkenaan dan keluar dari Teluk sejak sekatan diperkenalkan, berdasarkan data daripada LSEG, MarineTraffic dan Kpler.

Kapal tangki tersebut bersama pemiliknya, Shanghai Xuanrun Shipping Co. Ltd., sebelum ini dikenakan sekatan oleh AS kerana didakwa mempunyai urusan dengan Iran.

Dr. Mahathir berkata, sebelum ini Trump menerima cadangan gencatan senjata selama dua minggu bagi memberi ruang kepada rundingan antara AS dengan Iran.

Beliau menyifatkan usaha diplomatik tersebut masih gagal mencapai penyelesaian jangka panjang.

“Malangnya rundingan itu tidak menghasilkan gencatan senjata yang kekal,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN