PETALING JAYA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memberi tumpuan kepada pemerkasaan strategi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan industri sawit negara kekal berdaya saing serta berupaya menangani cabaran pasaran minyak sayuran global. Ketua Pengarah MPOB, Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, ketidakstabilan geopolitik khususnya di Asia Barat memberi kesan rantaian kepada pelbagai sektor termasuk pasaran minyak dan lemak global. Katanya, keadaan itu menuntut pendekatan lebih strategik serta berasaskan sains dalam memperkukuh…










