fbpx

24 September 2021, 10:24 am

  TERKINI

‘Masanya semakin hampir’ – Caprice cetus persoalan menerusi entri terbaru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktivis, Caprice mencetuskan persoalan ramai pihak selepas memuat naik satu perkongsian berunsur kontroversi di Instagram baru-baru ini.

Menerusi satu entri di laman sosial berkenaan, Caprice mengingatkan rakyat Malaysia agar bersiap sedia menghadapi kebenaran yang bakal dirungkai tidak lama lagi.

“Teguh bersama kebenaran, Malaysia. bersedialah, ia bakal muncul. Syaitan itu berbohong, berpura-pura dan menjual kemanisan. Tetapi Allah perancang terbaik. masanya semakin hampir,” tulisnya.

Perkongsian yang memaparkan imej syaitan itu menerima 49,281 likes setakat ini.

Selain itu, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli turut bertindak menutup ruangan komen bagi entri berkenaan.

Terdahulu penyanyi rap ini mencetuskan kontroversi selepas mendedahkan pelbagai dakwaan terhadap Ebit ketika berhubung misi kemanusiaan di Gaza, baru-baru ini.

Susulan itu, Ebit telah membuat laporan polis dan menyekat Caprice daripada akaun Instagramnya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI