Segera daftar vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Segera daftar vaksin Covid-19

Walter T. Yurt bersama ibunya, antara rakyat AS yang telah mendapat suntikan vaksin. Covid-19
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Vaksin ternyata berkesan dalam membendung penularan Covid-19, apabila Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom menunjukkan penurunan kes yang sangat ketara setelah majoriti rakyatnya telah divaksin.

Penulis asal Kentucky, Walter T. Yurt berkata, ibunya yang berumur 82 tahun diberikan vaksin Pfizer awal Februari lalu manakala beliau pula menerima vaksin yang sama pada hujung Mac lalu. 

“Kesemua daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan penduduk kejiranan saya telah divaksinkan.” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kentucky, AS pagi ini.

Kira-kira 65 peratus orang dewasa AS telah mendapat satu dos vaksin. Kejayaan tersebut telah menyebabkan undang-undang penggunaan topeng muka dan penjarakan fizikal tidak lagi diguna pakai bagi kebanyakan negeri di AS.

Sementara itu di Kentucky pula, penarikan undang-undang tersebut akan bermula pada 11 Jun inii. Namun, masih banyak syarikat perniagaan yang meminta supaya para pelanggan memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga. 

Walter yang pernah menetap di Kuala Lumpur selama 10 tahun berkata, beliau akan terus memakai topeng muka pada bila-bila masa sama ada di luar atau dalam premis, kedai atau pusat membeli-belah. 

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendaftar dan mengambil vaksin bagi mendapatkan imuniti kelompok supaya Malaysia bebas daripada jangkitan virus yang telah merosakkan ekonomi negara,” katanya yang pernah menerbitkan beberapa buku tentang pengalamannya di Malaysia.

 

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya