fbpx

10 Mei 2021, 7:23 am

  TERKINI

Kembara Awish & Juju dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Mencari kelainan dalam menampilkan program pendidikan untuk kanak-kanak, Kembara Awish & Juju kini muncul sebagai antara program pilihan ramai.

Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis di TV1 pukul 4.30 petang, antara intipati utama program ini mengenai pengembaraan seorang kanak-kanak bersama teman baiknya yang juga pupet bernama Juju.

Bagi penerbit program ini, Anuar Che Embi, 52, perjalanan yang dilalui oleh Awish, Juju dan beberapa rakan-rakan yang lain memberikan perspektif baharu kepada kanak-kanak serta memberikan pengetahuan kepada mereka tentang tempat menarik yang ada di dalam negara.

“Selama ini kita hanya melihat banyak rancangan travelog khusus untuk orang dewasa sahaja tetapi kali ini kita bawakan kelainan dengan memberikan pengalaman kepada kanak-kanak untuk menjadi teraju utama pula.

“Jadi kita fikir watak Awish perlu ada teman. Kita masukkan watak Juju yang juga merupakan pupet yang ceria dan menghiburkan sebagai teraju utama yang akan bercerita pelbagai perkara bersama,” jelasnya.

Tambah Anuar lagi, dia terfikir untuk menerbitkan rancangan yang mengangkat watak pupet kerana sudah tidak banyak lagi rancangan sebegitu yang diketengahkan hari ini. Kebanyakan penerbit sudah beralih kepada animasi dengan menghasilkan kartun dan sebagainya.

“Bagi generasi terdahulu pupet bukan asing bagi mereka memandangkan ada rancangan sebegitu diterbitkan. Kita cuba menghidupkan semula peranan pupet untuk memberikan pengalaman baharu kepada kanak-kanak bawasanya hiburan ini luas.

“Tapi menerusi Awish dan Juju, kita suntik elemen travelog berbanding hanya duduk di studio seperti kebiasaan. Ini bukan sahaja dapat menambahkan pengetahun kanak-kanak tentang tempat menarik di serata negara tetapi dalam masa yang sama menyuntik nilai murni kepada semua,” kata pemilik produksi Ace TechnoScience Sdn Bhd ini lagi.

Diterbitkan sebanyak 13 episod, kesemua lokasi yang dilawati akan memberikan dimensi baharu kepada penonton. Antara lokasi yang dilawati termasuklah Zoo Taiping, Perak; Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, Muzium Tentera Darat, Port Dickson dan beberapa lokasi menarik di Melaka.

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN