Hari ini memiliki kamera litar tertutup (CCTV) bukan bertujuan untuk membazir, sebaliknya suatu keperluan bagi menjamin keselamatan.
Tidak kiralah sama ada kita berada di luar rumah atau berada di dalam rumah, kadangkala kita tidak menjangka sesuatu jenayah boleh berlaku.
Sekiranya anda mencari kamera bertujuan mengawasi persekitaran rumah, Mi Home Security Camera 2K dari Xiaomi antara pilihan terkini dan sesuai untuk ruang kediaman.
Ia menawarkan pengesanan pergerakan yang peka menerusi video jelas dan berkualiti. Malah audio bunyinya jelas.
Ia sangat mudah. Sebelum memasang kamera keselamatan, anda perlu memuat turun aplikasi Mi Home, yang tersedia untuk telefon Android dan iOS.
Aplikasi ini akan memberi penjelasan mengenai proses sambungan dan berpasangan kamera keselamatan.
Kamera keselamatan berbentuk comel ini bukan sahaja tampak kemas rekaannya tetapi ia boleh diletakkan di pelbagai lokasi kita ingini.
Sama ada di atas meja atau digantung pada siling.
Seperti kamera lain, ia berupaya berpusing 360.
Lantaran bentuk dinamiknya itu, ia mampu membuat rakaman pada sudut yang sesuai atua diingini.
Kamera ini memiliki lapan 8 iluminators inframerah yang membantu kamera f / 2.1 aperture menangkap lebih banyak cahaya. Sensor boleh merakam video pada resolusi penuh HD (1920 x 1080 piksel), yang lebih daripada cukup untuk pemantauan ruang.










