Massimo tampil pembungkusan baharu jamin keselamatan makanan - Utusan Malaysia

Massimo tampil pembungkusan baharu jamin keselamatan makanan

Pembungkusan baharu untuk keselamatan pengguna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kebimbangan pengguna mengenai makanan yang sudah diusik sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan sejak pandemik, mendorong jenama produk roti, Massimo melancarkan pembungkusan roti tamper-evident.

Pembungkusan inovatif itu adalah satu kemajuan besar dalam industri pembuatan roti komersil itu, sebagai respons kepada kebimbangan disuarakan pengguna mengenai keselamatan produk makanan semasa wabak Covid-19.

Merealisasikan impian itu, The Italian Baker Sdn Bhd melabur RM1 juta ke dalam teknologi pembungkusan pengedap keselamatan laser-seal tamper-evident dari Amerika Syarikat (AS) bagi memastikan produknya selamat untuk pengguna.

Pengarah Urusannya, Jeremy Goon, berkata teknologi itu bertujuan memberi amaran kepada pengguna jika sesuatu produk makanan itu sudah diusik, dan ia boleh dilihat dengan jelas pada produk.

Katanya, ia sekaligus meningkatkan lagi integriti produk, keselamatan makanan dan jaminan kualiti supaya pengguna lebih berpuas hati dan untuk memelihara reputasi jenama.

REPUTASI
“Pengguna produk terutama sekali penggemar roti, bertambah semasa wabak. Pada masa sama kebimbangan pengguna mengenai makanan diusik sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan juga turut meningkat semasa pandemik ini.

“Pengenalan pembungkusan ini menjadi jawapan dan mengurangkan kebimbangan pengguna selain memberi lebih keyakinan menerusi peningkatan integriti produk dan keselamatan makanan,” katanya.

Ingatannya supaya pengguna sentiasa pastikan pembungkusan dalam keadaan baik semasa membeli.

Jenama ini menggunakan bahan berkualiti dengan jaminan kualiti ketat untuk kepuasan pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×