Scha Elinnea nafi seksi untuk perhatian - Utusan Malaysia

Scha Elinnea nafi seksi untuk perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CUKUP selesa dengan karier lakonannya kini, nama Scha Elinnea mungkin belum mampu menandingi mana-mana pelakon berpengalaman lain. Namun di sebalik populariti yang diraih, nama si cantik ini sebenarnya lebih `mesra’ dalam kalangan pengguna laman sosial. Mempunyai hampir setengah juta pengikut di Instagram, ada yang berbeza mengenai gadis berusia 21 tahun.
Memilih untuk berkongsi gambar-gambar seksi dirinya, tidak dinafikan Scha menjadi antara pelakon yang cukup berani dalam laman sosial. Namun di sebalik keberaniannya ini Kekda sebenarnya lebih tertarik dengan prinsip yang dibawa dirinya. Kekal ingin menjadi diri sendiri, kata Scha jangan pernah menghukumnya melalui pakaian sahaja.

Lebih berani berkongsi gambar mencolok mata kini, ada yang berbeza mengenai Scha?
Tidak ada yang berbeza. Saya masih orang yang sama, rasanya dari dahulu juga saya begini jadi tidak timbul isu saya makin berani.

Bila orang kata Scha berkongsi gambar-gambar seksi ini sekadar mencari perhatian, Scha perlukan perhatian ke?
Saya tidak perlukan perhatian, soal apa yang dipakai ini adalah pilihan sendiri. Tentunya saya hanya mengenakan pakaian yang saya selesa sahaja. Macam orang lain, mereka selesa dengan penampilan mereka begitu juga saya.

Mustahil netizen tidak kecam dan adakah ini juga sebab Scha pilih untuk menutup beberapa ruangan komen.
Bila tutup ruangan komen masih ada yang menghantar pesanan sebenarnya. Jujurnya memang banyak, tetapi sebagai manusia saya juga berhak menilai apa yang mereka hantar. Kalau ada sekadar menghentam dan mengecam, saya memang tidak akan buang masa. Namun harus saya berterima kasih kepada mereka yang tidak penat memberikan saya nasihat.

Bila ada yang turut mengheret nama keluarga Scha dalam kontroversi ini apa komen Scha?
Biar saya jelaskan di sini, antara saya dengan keluarga tidak pernah ada rahsia. Mereka tahu setiap apa yang berlaku dalam laman sosial saya. Soalnya mungkin saya seorang artis dan setiap perbuatan dinilai netizen, ikutkan ramai lagi yang bukan artis berkongsi gambar yang sama.

Adakah dengan memuat naik gambar-gambar seksi ini seakan memberi isyarat kepada netizen, Scha cuba mencabar mereka.
Eh, tidaklah terfikir sampai soal itu, jujurnya apa yang dilihat itu adalah diri saya. Bukan mahu mencabar mana-mana pihak.

Maaf Scha soalan ini mungkin agak sensitif, tetapi ada yang memberi gelaran ‘simbol seks’ kepada Scha. Komen?
Bagi saya jangan pernah menilai seseorang itu melalui pakaian, mungkin ini lebih kepada pemikiran sesetengah orang sahaja. Bila nampak wanita berpakaian seksi itu sahaja yang boleh mereka fikir. Apa yang dilihat ini sekadar luaran sahaja tidak menggambarkan apa-apa.

Soalan terakhir untuk Scha, pakai seksi-seksi ini insan `istimewa’ tidak marah ke?
Hahaha, memang kalau ada gambar yang begitu seksi dalam Instagram dia akan tegur juga, tetapi bukanlah marah. Namun selalunya dia okey, lebih kepada menghormati saya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN