Lima selebriti mengakui miliki senjata api - Utusan Malaysia

Lima selebriti mengakui miliki senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN satu perkara pelik apabila ramai rakyat Amerika Syarikat memiliki dan menyimpan senjata api di kediaman mereka.

Kebanyakannya memaklumkan bahawa perlindungan diri dan keselamatan menjadi faktor utama yang mendorong mereka untuk memiliki senjata api.

Begitu juga selebriti Hollywood yang kebanyakannya memiliki senjata api di rumah untuk keselamatan mereka. Berikut lima selebriti tersohor yang membuat pengakuan yang mereka menyimpan senjata api di rumah.

CHRIS PRATT

Chris Pratt sejak awal kemunculannya, tidak pernah berselindung mengenai obsesi beliau terhadap senjata api.
Malah aktor yang membintangi filem Mercy ini cukup menggemari aktiviti berburu dengan senjata tersebut.
Dalam satu wawancara yang diadakan pada 2014, beliau mengakui telah mempengaruhi pelakon lain terhadap minat tersebut.

BRAD PITT

Aktor yang satu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia ini terbuka mengenai pemilikan senjata api sejak usia muda.
Malah beliau juga pernah membuat pengakuan memiliki senapang angin sejak tadika dan kemudian menyimpan senapang patah ketika usia remaja.
Dalam satu temu bual bersama media tempatan, Pitt memaklumkan bahawa Amerika Syarikat adalah negara yang ditubuhkan dengan senjata api, justeru beliau berasa selamat dengan memilikinya.

WHOOPI GOLDBERG

Pelakon yang juga penyokong parti Demokrat ini pada 2017 mende­dahkan beliau memiliki senjata api di rumahnya.
Pengakuan itu dibuat secara langsung menerusi rancangan The Late Show.
Dalam wawancara yang sama, beliau memaklumkan tidak melakukan perkara pelik dengan senjata apinya.

ANGELINA JOLIE
Angelina Jolie merupakan penyokong tegar pemilikan senjata api di rumah.
Dalam satu wawancara, beliau memaklumkan yang dirinya masih menyimpan pistol yang digunakan sewaktu penggambaran filem Tomb Raider.
Angelina memaklumkan penggunaan senjata api bagi tujuan mempertahankan diri dan bukan digunakan sewenang-wenangnya.

MIRANDA LAMBERT

Penyanyi, Miranda Lambert merupakan peminat setia senjata api dan menegaskan hanya menggunakannya untuk mempertahankan diri.
Dalam wawancara yang diadakan pada 2018, Lambert memaklumkan yang dia dibesarkan oleh seorang polis dan diajar cara menggunakan pistol dengan selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×