Balai Seni Maybank dibangunkan bertujuan memberi peluang kepada pencinta seni terus menghargai seni walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada orang ramai memahami dan menikmati pelbagai jenis seni pada bila-bila masa dan daripada ruang peribadi sendiri yang lebih selesa. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank, Shahril Azuar Jimin berkata, karya maya membolehkan tetapan tontonan secara optimum terhadap pelbagai peranti samada melalui komputer meja, komputer…










