Jenama Larney menampilkan koleksi kapsul khusus wanita berkerjaya yang menekankan keselesaan dalam penataan gaya. Sedikit berbeza dengan beberapa siri koleksi sebelumnya, kali ini ia mengetengahkan beberapa jenis rekaan lebih ringkas, praktikal namun masih lagi memiliki identiti tersendiri. Antara sering menjadi tarikan dan identiti di rumah fesyen Larney ialah rekaan lipatan atau pleats yang menjadi tanda pengenalan sejak Larney diwujudkan. Koleksi kapsul 2020 Larney muncul dengan beberapa rekaan memukau dan cukup…