Eizlan Yusof saman Hans Isaac - Utusan Malaysia

Eizlan Yusof saman Hans Isaac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof hari ini melalui satu kenyataan menjelaskan dia akan mengambil tindakan saman ke atas Datuk Hans Isaac.

Eizlan yang juga Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), memberitahu tindakan ini di ambil susulan tuduhan yang dilemparkan bekas pengerusi FINAS itu yang mengaitkan pembabitannya dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.

“Saya menzahirkan kekecewaan atas tuduhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan oleh Dato’ Hans Isaac, mantan Pengerusi FINAS yang telah mencemarkan nama, imej dan reputasi saya kononnya ada penglibatan saya dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd.

“Untuk makluman, syarikat tersebut tiada sebarang kaitan dengan saya sama ada sebagai pengarah mahupun pemegang sahamnya. Syarikat tersebut dikatakan ada menerima geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak FINAS,” jelasnya.

Sementara itu Eizlan yang kecewa dengan dakwaan palsu tersebut turut menjelaskan tududahn itu secara tidak langsung mencalarkan nama baik dan reputasinya. Malah dalam waktu yang sama, kenyataan palsu yang tular ini turut menganggu fokusnya. Pada masa yang sama menurut Eizlan dia turut menerima tekanan daripada pelbagai pihak sehingga menjejaskan karier dan perniagaan yang diusahakan.

“Tuduhan tersebut dibuat pada 16 November lalu melalui kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mempunyai ahli melebihi 200 orang dalam kumpulan Whatsapp tersebut.

“Imej dan reputasi saya telah terkesan akibat dusta tersebut, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan FINAS dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang telah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun serta dikenali masyarakat dan industri perfileman negara,” ujarnya.

Menurutnya, dia telah melantik peguamcara, Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co dan tindakan guaman terhadap Hans Isaac sedang berjalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.