Selamat jalan Romeo! - Utusan Malaysia

Selamat jalan Romeo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAMA menonton drama lakonannya, Kekda sebenarnya langsung tidak menyangka ada sisi berbeza pelakon popular ini.

Mengikut ceritanya pelakon lelaki ini pernah mempunyai kekasih sebelum menjadi terkenal seperti sekarang.

Malah bukan sekejap dia bercinta, bertahun-tahun jugalah. Kalau masih bersama, pasti dia kini sedang bahagia di alam perkahwinan.

Cuma siapa sangka rezeki menjadi-jadi dalam bidang lakonan menjadi penyebab dia berpaling tadah kepada bekas kekasihnya itu.

Bila sudah terkenal baru timbul perangai sebenar pelakon ini. Selain tidak pernah mengaku sudah ada kekasih dengan media sebelum ini, difahamkan juga sepanjang menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya, dia sering memberi amaran kepada wanita itu agar mengunci mulut soal hubungan mereka.

Katanya kepada bekas kekasihnya itu sebab dia tidak mahu mengaku, demi menjaga reputasinya. Kononnya dia tidak mahu terpalit kisah cinta dahulu, takut nanti dibayangi kontroversi.

Bekas kekasihnya yang tidak tahu percaturan industri hanya percaya bulat-bulat. Malah sekian lama makan hati, akhirnya muncul kebenaran.

Rupa-rupanya di sebalik permintaan tidak mahu dedahkan hubungan itu, ada agenda berbeza pelakon ini. Apa lagi kalau bukan sedang menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri kini, namun mengenang kembali sikap pelakon ini memang Kekda tidak sangka. Kalau bercakap dengan media bukan main tegas soal prinsip, tetapi itulah kalau sudah namanya pelakon sampai ke dunia nyata dia bawa watak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya